3 Mei 1984, Kuala Lumpur.. Ini ceritaku... Bangkitku kerana NAMA
.
30 tahun yang lalu... Dibesarkan di Kuala Lumpur dan pernah merantau ke Perlis, Penang, Kedah, Sabah, Brunei dan Terengganu untuk mencari pengalaman hidup.
.
Berkelulusan BA Hons In Mass Communication from UiTM, Shah Alam. Berpengalaman dalam industri Media, RTM, NTV7, Media Prima, dan juga pernah menjadi PENSYARAH Mass Media, Public Relation dan Advertising di Stamford Collage, KL. Kemudian melepaskan jawatan Pensyarah untuk meneruskan cita-cita sebagai Inspektor Polis (PDRM).
.
Tahun 2012, jawatan Inspektor Polis ku lepaskan kerana sayangkan keluarga dan ingin focus terhadap business. Tapi panas tak sampai ke petang. Berpisah demi kebaikan bersama. Dan mulai dari tarikh itu --> bermulalah kehidupan yang hanya KAIS PAGI MAKAN PAGI...
.
Pernah tiada 1 sen pun... rumahku pernah tiada elektrik, bekalan air pun pernah tiada...dan ACCOUNT semua di bekukan!!!
.
Setiap pagi melihat mata ANAK, Dya Permata Sari... dia bukan di lahirkan untuk hidup begini... Dari hari itu ku bangkit, ku redah semua, PEDULIKAN apa orang nak kata, PEDULIKAN apa orang menuduh, PEDULIKAN apa orang fitnah. Kerana bukan mereka yang menyumbang saat kita tiada apa-apa.
.
Dari situ ku kenal diri, kenal Allah... 29 tahun lalu, ku tiada apa-apa...hanya nama yang menumpang...
.
Alhamdulillah, hari ini 3 Mei 2015, genap 31 tahun Allah pinjamkan jasad dan nyawa untuk meneruskan hidup sebagai menyampaiNYA. Terima kasih Allah, terima kasih EMAK kerana melahirkan. Terima kasih ABAH kerana pengorbananmu. Terima kasih ADIK-ADIK kerana sentiasa bersama. Terima kasih anda semua. Tiada sokongan anda tiadalah saya disini...
.
Terima kasih juga kepada Mentor-mentorku Tuan Haji @drazizanosman dan Puan @kalavathyrasalingam yang banyak membuka mataku bahawanya HIDUP ITU SEBENARNYA INDAH.
.
Dengan DARAH dan AIRMATA sepanjang jatuhku itu maka wujudlah Akademi Kecantikan @integratedtherapiesacademy dan produkku sendiri @saridbeauteofficial yang kini sedang menapak di dalam industri.
.
#mystory #ceritaku #saridbeaute #imkk #mmm #Richworks #saricosmetic#sariskinpro #sariseries #itakl #dyasari #leyasari
Jom Baca Artiklel Makanan Yang Dapat Membesarkan dan Mencantikan Payudara Secara Semulajadi
ReplyDeletehttp://lemangpanas90.blogspot.com/2015/07/makanan-yang-dapat-membesarkan-dan.html